image1 image2 image3

HELLO I'M YANA AHMAD|WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|

Inspirasi

Di sini ingin aku kongsikan beberapa penulis yang menjadi inspirasi untuk aku menulis, walaupun masih merangkak dengan terlalu perlahan.

Silakan klik pada pautan di bawah untuk pergi ke halaman mereka dan hayatilah karya mereka. Semoga ianya memberi manfaat kepada kalian semua.



      1. Fynn Jamal - FYNNJAMAL
Blog peribadi Fynn yang didirikan pada tahun 2006, ketika Fynn mula berjinak dengan penulisan. Sayangnya blog ini sudah lama tidak dikemaskini. Mungkin kerana kesibukan beliau. Hasil karya awal masih boleh dibaca dan dihayati oleh pelawat.
      2. Write Out Loud
Laman sesawang ini merupakan himpunan puisi pilihan yang dihantarkan oleh pelawat laman tersebut. Boleh dilihat di sini, terdapat banyak contoh puisi, sajak dan cerita pendek yang boleh dijadikan inspirasi untuk kalian menulis. Boleh juga dijadikan sekadar bahan bacaaan diwaktu lapang.
     3. Dunia Penyair
Blog ini memuatkan himpunan puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zaman, nukilan penyair terkenal seperti Khalil Gibran, Umar Khayyam, Chairil Anwar serta puisi moden sasterawan negara seperti Usman Awang dan penulis moden masakini. Turut diselitkan puisi tradisional Melayu seperti pantun, nazam dan gurindam. Puisi-puisi ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada semua.
     4.  Qaseh - Himpunan Puisi
"Saya adalah seorang wanita biasa yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Namun setiap kelemahan yang ada pada diri saya, akan cuba saya perbaiki. Insya Allah. Saya seorang wanita yang sensitif, suka memendam rasa namun sering meluahkan apa yang saya rasa melalui puisi-puisi. Mungkin puisi-puisi saya tidak sehebat mana atau tidak sebagus mana tetapi itulah yang lahir dari hati saya." - Qaseh (Pemilik Blog)
    5.  Cerpen - Penulisan2U
Penulisan2u adalah sebuah laman penulisan cerpen dan novel. Laman Penulisan2u ditubuhkan pada 2006 bagi memberi peluang dan ruang kepada penulis-penulis untuk berkarya. Dengan adanya laman penulisan2u akan memberi tempat untuk kita sama-sama berkarya dan juga tempat untuk berkongsi minat yang sama.
Demikian sebahagian yang dapat aku kongsikan. Nak lagi? Rajin-rajinkanlah diri buat carian di Google ya!


Sekian.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Spill it...

Powered by Blogger.

Disclaimer

This blog is created to cater the academic coursework needs for Computer Application in Management (STID1103) in Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur (Second Semester 2015/2016). The content may or may not belongs to me and I am not responsible for the misuse by others. All original contents by the authors will be credited with their dedicated direct link to their website.