image1 image2 image3

HELLO I'M YANA AHMAD|WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|

Ujian itu Kekuatan




Ujian. Penat penat penat dah.
Itulah manusia, sering saja mengeluh saat ujian menerpa. Begitu juga dengan aku. Sakitkan , kadang –kadang tertanya macam mana nak bangkit semula ni.
Ya Allah kenapa ujian ni seolah-olah mengekori aku?
Menangis lagi. Sering saja manusia menyalah tafsir erti air mata itu. Tapi aku tak kisah dah. Aku tahu bila aku menangis orang anggap itu adalah air mata yang tunjukkan aku ni lemah.
Aku sedih.
Tapi aku faham hakikatnya manusia hanya mentafsir, yang mengerti hanya lah Allah SWT semata.
Kalau dulu, aku jatuh aku lemah sangat , aku tak nampak yang ujian ni satu tanda kasih Allah, sebab tu dulu aku selalu tanya kenapa Allah uji aku.
Kenapa bukan orang lain, aku cari jawapan tapi jawapan tui samar-samar je. Allah kirim sesorang, seseorang yang diuji.
Aku pandang dia. Pandang pada langkahan dia. Dia sangat kuat.
Tapi hakikat dia juga sedang berjuang untuk bangkit kembali ketika itu. Lalu aku detikkan dihati , dia kuat dia boleh , kau juga boleh.
Semakin hari semakin kuat , semakin hari semakin mengerti. Aku berjalan dan terus berjalan di buminya.
Satu hari langkahku terhenti lagi. Allah ujian datang lagi, malah jauh lebih mencabar dari dulu. Tapi sekarang dia tiada. Semangat dia aku dah tak jumpa kat mana.
Di sini aku belajar bina kekuatan sendiri.
Ajar diri bergantung pada Allah semata. Mungin dulu Allah hadirkan dia sekadar penguat dan permulaan untuk diri ni mendekati yang Esa.
[tiada kekuatan selain dengan pertolongan dari Allah]- Al-kahf ayat 39
Tiada kekuatan selain dari pemilik kekuatan, dan kita ini perlu rendahkan sombong dan ego dalam diri pohonlah padaNya.
Apa yang aku sedar semakin aku mendekatinya semakin dia menguji. Kini aku semakin positive dengan ujianNya. Mungkin ada air mata yang mengalir.
Air mata yang mencari kekuatan untuk terus bersangka baik.
Sebagai bekalan pada langkah-langkah yang akan datang. Aku tak tahu apa yang Allah rancang pada masa depan. Tapi aku yakin dengan rencanaNya. Sebab langkah aku semakin kukuh.
Ingatlah bahawa ujian ini tidak melemahkan.
Bermuhasabah seketika, bermonolog dengan diri. Pandang lagit lalu dipejamkan mata hangat terasa di pipi.
Hati bertanya pada diri:
“dah jadi hamba Allah yang terbaik ke? Dah ikut segala perintahNya?
“dah jadi umat nabi Muhammad yang hebat ke? Dah amalkan sunnah-sunnahnya?
“dah jadi anak yang solehah ke untuk mak ayah? Dah berbakti ke pada mereka?
“dah jadi kakak atau adik yang penyayang ke? Dah mampu jadi contoh untuk mereka?
“dah jadi sahabat yang baik ke? Selalu ke mendoakan mereka?
“dah jadi teman yang setia ke? Yang menemani hingga ke syurga?
Hati bermonolog lagi,
Layakkah aku ke syurga?
Allah terima ke segala amalan aku?
Allah , Allah Allah. Kuatkan kami dalam mujahadah ini. Ujian kenapa tidak ia jadikan kita lebih sabar lebih kuat. lebih dekat dengan Allah. Penghapus dosa dan semestinya ia tanda kasih sayang Allah.
Membebankan? Tidak! Kita layak diuji kerana kita hamba.
[dan sesungguhnya Kami benar-benar  akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar antara kamu dan akan Kami uji perihal kamu.]
Surah Muhammad Ayat-31.
Sekian untuk hari ini...

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Spill it...

Powered by Blogger.

Disclaimer

This blog is created to cater the academic coursework needs for Computer Application in Management (STID1103) in Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur (Second Semester 2015/2016). The content may or may not belongs to me and I am not responsible for the misuse by others. All original contents by the authors will be credited with their dedicated direct link to their website.