image1 image2 image3

HELLO I'M YANA AHMAD|WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|

Alhamdulillah...



Assalamualaikum....

SYUKUR!!! 

Akhirnya selesai sudah minggu penyeksaan yang turut dikenali sebagai minggu peperiksaan (Final Exam). Sesungguhnya Semester 3 ni agak mencabar dan buat aku hampir tersungkur dek nak mengejar masa untuk study for final. Rasa nak menangis, tapi ku tahan, Jebat. Tu la, masa tengah kelas leka. Dah nak exam, hamekkk kelam kabut. Untuk kesekian kali, berpesan pada diri sendiri untuk tak main-main buang masa lagi.

Betul kata para ulamak, benda yang paling jauh dengan kita adalah masa yang telah berlalu.

Sigh...

Aku pun taktau la ape rupa keputusan peperiksaan tu nanti. Berjayakah aku buat magik sem ni? Mampukah aku mempertahankan pointer? Dapatkah kekal dalam senarai dekan? Tunggulah result nanti tengok ape jadi...

Isk...






Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Spill it...

Powered by Blogger.

Disclaimer

This blog is created to cater the academic coursework needs for Computer Application in Management (STID1103) in Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur (Second Semester 2015/2016). The content may or may not belongs to me and I am not responsible for the misuse by others. All original contents by the authors will be credited with their dedicated direct link to their website.