image1 image2 image3

HELLO I'M YANA AHMAD|WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|

Biar...

Tanggal 5 April 2016, merupakan hari lahir ayahandaku yang ke-49. Banyak yang diucap tapi tak terluah. Jadi aku membuat keputusan untuk menulis kerana aku lebih selesa bicara menggunakan pena atau jemari yang menari di papan kekunci. Di sini aku kongsikan karya yang aku pinjam untuk didedikasikan kepada ayahandaku, untuk tatapan kalian.


Selamat Hari Lahir, Ayah... Teruskanlah bersama aku sehingga akhirnya. Walaupun aku tak pernah meluahkan, sungguh aku tidak pernah sanggup kehilanganmu dari hidupku. 


"Biar" - Fynn Jamal

Klik sini jika video tidak boleh dimainkan.

(lirik)
Mata tua yang memandang aku itu
Bundar. Pudar
Dia tak mau bilang apa yang
Mencengkam jiwa usangnya.
"Biar". Katanya "biar".

Wahai ayahanda berhentilah walau sebentar
Dan renung mataku yang melaut
Khabarkan yang jujur dan ujar apa yang menyerabut

Wahai ayahanda bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
Akukan lemahmu
Perikan penatmu
Kisahkan jerihmu
Aku mau tau

Mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu
Harum. Senyum
Dipukaukan aku nan terus terpana dan terdiamkan
"Biar". Katanya "biar"

Wahai ayahanda bisikkanlah walau sekali;
Izinkan aku menumpangkan bahu
Berikan aku seperca dari beban kamu
Wahai ayahanda lihatlah aku berlari kini
Melompat tinggi
Setiap kerna kau tak pernah pergi

Apa masih ingat lagi aku suka lari-lari?
Kau bagaikan tak peduli ku biar kau patah hati
Apa masih tidak lupa tengking jerit sama-sama?
Makan tak mahu semeja, sahabat lebih berharga
Apa mampu kau sudikan ampun maafku sujudkan?
Bisa tidak kau teruskan ku sesat kau tunjuk jalan?

Apa layak aku bagi?
Tak terbalas sampai mati
Kau sungguh paling tinggi
Istanamu syurga menanti

Ayahanda beta
Kekasih beta

Sekian...

Share this:

CONVERSATION

2 comments:

Spill it...

Powered by Blogger.

Disclaimer

This blog is created to cater the academic coursework needs for Computer Application in Management (STID1103) in Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur (Second Semester 2015/2016). The content may or may not belongs to me and I am not responsible for the misuse by others. All original contents by the authors will be credited with their dedicated direct link to their website.