Aku Hanya Ingin Berpuisi.
Aku perlukan ruang.
Aku perlukan pendengar.
Aku perlukan sebatang pen.
Juga sekeping kertas.
Aku perlukan inspirasi.
Boleh jadi sebatang jari.
Aku perlukan kau untuk berbicara denganku.
Aku hanya ingin berpuisi.
Salam perkenalan dari aku untuk kalian. Semoga kalian sentiasa berada dalam lindungan rahmat yang Esa. Terima kasih kerana sudi membaca blog yang tidak seberapa ini. Aku hanya berkongsi tulisan untuk sesuatu yang tak dapat aku zahirkan dengan kata-kata, dan juga hasil karya penulis pilihanku selama ini.
Gunalah setiap apa yang ada di sini. Ambillah, dan bawalah ke mana sahaja kau pergi. Aku izinkan.
Cuma jangan dicuri.
Tak perlu dikhabar pada aku, cukup untuk tidak kau kata setiap apa yang ada di sini, bukan milik aku.
Indryana Megawati Ahmad Selasa
Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur
237030
0 comments:
Post a Comment
Spill it...